Paramount Global
Paramount Global

Paramount Global

Paramount Global ialah sebuah konglomerat media massa multinasional Amerika Syarikat yang dibentuk melalui penggabungan penjelmaan kedua CBS Corporation dan penjelmaan kedua Viacom pada 4 Disember 2019,[4] yang dipisahkan dari penjelmaan pertama Viacom pada tahun 2006. Beribu pejabat di One Astor Plaza di Midtown Manhattan, Bandar Raya New York, syarikat ini mengendalikan lebih dari 170 buah rangkaian dan menjangkau sekitar 700 juta pelanggan di sekitar 160 buah negara, pada tahun 2020.Aset utama syarikat termasuk studio filem dan televisyen Paramount Pictures, CBS Entertainment Group (yang terdiri daripada rangkaian televisyen CBS, stesen televisyen, dan aset berjenama CBS lain), rangkaian domestik (terdiri daripada rangkaian televisyen kabel asas dan premium peringkat AS termasuk MTV, Nickelodeon, BET, Comedy Central, dan Showtime), rangkaian antarabangsa (terdiri daripada rangkaian ViacomCBS domestik versi antarabangsa dan juga rangkaian khusus wilayah), perkhidmatan penstriman langganan Paramount+, penstriman iklan Pluto TV, dan penerbitan buku Simon & Schuster.

Paramount Global

Pendapatan operasi ▼ US$4.14 bilion (2020)
Pemilik
Industri Media massa
Jumlah aset ▲ US$52.66 bilion (2020)
Pendapatan bersih ▲ US$2.42 bilion (2020)
Laman web rasmi www.paramount.com
Bilangan kakitangan 22,109[3]
ISIN US92556H2067
Anak syarikat
Tokoh penting
  • Shari Redstone
    (Pengerusi)[1]
  • Bob Bakish
    (presiden dan ketua pegawai eksekutif)
Jumlah ekuiti ▲ US$15.37 bilion (2020)
Ibu pejabat One Astor Plaza, Manhattan, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat
Pengasas Shari Redstone
Ditubuhkan 4 Disember 2019; 2 tahun yang lalu (2019-12-04)
Hasil ▲ US$25.29 bilion (2020)
Pembahagian
Tempat diberi khidmat Seluruh dunia
Didagangkan sebagai
Jenis Awam
Pendahulu